Cara Membuat “Zoom Meeting”
20 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah menunjukkan cara membuat “Zoom Meeting”. Langkah-langkah telah ditunjukkan melalui gambar dan penjelasan di bahagian bawah gambar. Berikutan penularan wabak Covid-19, keadaan telah memaksa kita untuk melakukan kelas, perjumpaan keluarga, mesyuarat dan lain-lain secara alam maya. Antara aplikasi yang popular digunakan adalah Zoom kerana mudah dan ringkas. Tutorial ini pasti akan dapat membantu individu yang perlu memulai dan mengatur perjumpaan secara alam maya. Pertama sekali, mendaftar di laman web Zoom atau muat turun aplikasi tersebut ke dalam laptop. Pilih “schedule” atau jadual. Kemudian, isikan maklumat yang diminta dan atur tetapan yang bersesuaian sebelum tekan simpan. Di bahagian depan aplikasi Zoom akan tersenarai “Zoom Meeting” tersebut. Anda boleh pilih sama ada ingin mengubah, padam atau kongsikan pautan kepada individu lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: