Kelas Microsoft Excel
23 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Microsoft Excel yang bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Stungkor Baru. Kelas telah dihadiri seramai 2 orang pelajar sekolah menengah. Mereka turut diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang kelas dijalankan. Mereka telah diajar cara mengisi data ke dalam Microsoft Excel. Data yang diperolehi adalah daripada situasi lisan yang diberikan oleh pengajar. Kaedah ini adalah untuk merangsang cara mereka mengubah data yang didapati secara lisan ke format yang mudah untuk dianalisa oleh Microsoft Excel. Seterusnya, mereka diajar cara menggunakan formula untuk mengira jumlah dan menghasilkan graf palang yang menarik. Mereka diajar cara menukar warna, menulis tajuk utama graf dan menambah tajuk pada paksi x dan y pada graf.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: