Program Pengurusan Risiko Dalam Talian
19 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2021, staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Program Pengurusan Risiko Dalam Talian dan telah dihadiri seramai 3 orang peserta dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang program dijalankan. Terdapat beberapa risiko dalam talian yang mereka tidak sedar berlaku. Antaranya adalah fitnah, kandungan bersifat mengancam, malware, kecurian identiti, pelanggaran hak cipta, buli siber, darknets dan pelbagai lagi. Belakangan ini, tindakan beberapa pengguna media sosial yang berkongsi secara berlebihan telah mendedahkan mereka kepada beberapa risiko termasuk menjadi mangsa kepada scammer. Risiko lain daripada tindakan berkongsi secara berlebihan di media sosial juga adalah menjejaskan produktiviti, menjejaskan reputasi, ancaman keselamatan, hendap siber, rompakan, penceraian serta perbandingan sosial. Selain itu, perkongsian berkaitan berita palsu turut dilakukan. Pada akhir program, mereka telah diberikan kuiz untuk menguji kefahaman mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: