Kelas Animasi Jam Analog Menggunakan PowerPoint
17 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Animasi Jam Analog Menggunakan PowerPoint. Kelas telah dihadiri seramai 3 orang pelajar sekolah rendah dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pada permulaan kelas, peserta didedahkan maklumat asas berkaitan seperti perbezaan jam analog dan digital, fungsi jarum, cara membaca jam dan putaran jam. Mereka diajar untuk menghasilkan rangka jam berbentuk bulat, membuat jarum dengan menghasilkan 1 jam pendek untuk jam dan 1 jarum panjang untuk minit, letak digit pada kedudukan yang betul dan meletak animasi yang sesuai pada pergerakan jarum. Para peserta berjaya menghasilkan jam mengikut kreativiti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: