Kelas Membuat Surat Rasmi
17 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Membuat Surat Rasmi secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Kelas telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang format penulisan surat rasmi yang betul. Sebagai contoh, kedudukan maklumat dan alamat pengirim, jawatan dan alamat penerima, tarikh, panggilan untuk penerima, tajuk surat, pengenalan surat, isi kandungan atau ulasan lebih terperinci, penutup dan tandatangan. Selain itu, tujuan surat rasmi ditulis adalah untuk urusan yang rasmi dan profesional. Sebagai contoh, untuk meletak jawatan, membuat permohonan program dan pelbagai lagi. Peserta juga diajar cara menghasilkan surat rasmi dengan menaip sendiri di Microsoft Word dan cara mendapatkan format kedudukan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: