Kelas Formula Microsoft Excel
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2021, staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Formula Microsoft Excel secara atas talian dengan menggunakan Zoom. Kelas telah dihadiri oleh 2 orang pelajar. Tujuan kelas adalah untuk mengajar peserta menggunakan beberapa formula matematik yang mudah yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Dengan mengetahui cara menggunakan formula di dalamnya, kerja mengira sesuatu data yang telah disediakan akan menjadi lebih mudah dan tepat. Antara formula yang diajar adalah average (purata), sum (jumlah), sumif (jumlah tertentu per keseluruhan), count (kira jumlah sel di dalam julat yang mempunyai nilai), countblank (kira sel yang tidak mempunyai nilai) dan countif ( jumlah sesuatu benda per keseluruhan). Pelbagai contoh dan latihan yang telah disediakan sepanjang kelas berlangsung untuk menambahkan pemahaman peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: