Kelas Tips dan Trik Microsoft Word
25 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Tips dan Trik Microsoft Word dan telah disertai oleh 2 orang ahli. Kelas telah diadakan dengan mematuhi SOP dan perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Pemilihan topik kali ini adalah kerana ahli selalu berfikir bahawa penggunaan Microsoft Word hanya untuk menaip semata-mata. Namun, terdapat lagi pelbagai fungsi yang mereka tidak ketahui. Antaranya adalah menukarkan teks yang mereka tulis dan pilih menjadi sebuah ucapan. Trik ini adalah sangat menarik kerana melalui ayat yang mereka tulis terutamanya dalam penulisan Bahasa Inggeris, mereka boleh belajar sebutan yang betul dengan menggunakan fungsi “Text to Speech” seperti yang diajarkan. Selain itu, Microsoft Word juga mempunyai fungsi kalkulator tanpa atau di dalam “Table”. Sebelum ini, mereka sering beranggapan hanya Excel yang mempunyai fungsi kalkulator. Terdapat pelbagai lagi tips dan trik yang telah dikongsikan oleh staf pengajar yang telah diadaptasikan daripada perkongsian ilmu di Youtube dan Google.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: