Program Pembugaran Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kluster Lundu telah dijemput untuk membuat pembentangan tentang fungsi pusat internet komuniti yang dapat memberi peranan dalam menjayakan Program Pembugaran Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) anjuran Jawatankuasa PIBKS Pejabat Pendidikan Daerah Lundu. Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru turut terlibat. Objektif pembentangan dari PIK Kluster Lundu adalah untuk menyampaikan maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di pusat internet dan patut dimanfaatkan oleh pihak sekolah, ibu bapa, pelajar dan komuniti setempat untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat disampaikan di tahap yang memuaskan. Antara perkhidmatan yang pastinya dapat membantu proses belajar dari rumah adalah perkhidmatan mencetak, kemudahan komputer, wifi dan pelbagai lagi. Selain itu, penjelasan berkaitan dengan Maxis eKelas yang boleh disertai oleh pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: