Tukar Teks Kepada Suara Di Microsoft Word
26 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Ogos 2021, Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah membuat tutorial bertajuk “Tukar Teks Kepada Suara di Microsoft Word”. Tutorial dikongsikan di Facebook Page PI Kg Stungkor Baru. Tutorial ini pastinya dapat membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah pembacaan dalam Bahasa Inggeris khususnya. Pengguna hanya perlu menaip seperti biasa di Microsoft Word, tambahkan butang “Speak” untuk pertama kali dan teks yang dipilih akan ditukar kepada suara. Dengan cara ini, pengguna boleh belajar membuat sebutan sesuatu perkataan dengan betul. Selamat mencuba.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: