Tutorial Memohon Kerja Melalui Emel
12 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2021, staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas Tutorial Memohon Kerja Melalui Emel. Kelas dilakukan secara atas talian iaitu dengan menggunakan Zoom. Kelas dihadiri oleh 2 orang belia lepasan SPM yang masih aktif mencari kerja. Cara menghantar permohonan kerja melalui emel yang betul perlu dikuasai oleh pencari kerja agar dapat menarik perhatian bakal majikan dan mengurangkan kesilapan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah tajuk emel, pengenalan diri dan tujuan menghantar emel secara ringkas, cara sertakan dokumen yang diminta dalam format, susunan dan nama yang sesuai. Dengan teknik yang diajar ini, diharapkan dapat membantu peserta menjadi antara calon yang berkualiti dan berjaya menarik perhatian bakal majikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: