Advokasi (e-Waste)
13 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas Advokasi (e-Waste). Kelas telah dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan diminta untuk mematuhi SOP yang diwajibkan. Tajuk ini dipilih setelah salah seorang peserta bertanya apa yang mereka patut buat pada telefon bimbit yang telah rosak? Adakah boleh dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah? Jawapannya, telefon bimbit atau sebarang produk elektronik tidak boleh dibuang sesuka hati kerana boleh menyebabkan pencemaran tanah. Jika tidak dilupuskan dengan betul, barangan tersebut akan mengeluarkan bahan kimia ke tanah dan menghasilkan pencemaran kepada hidupan lain. Program e-Waste dijalankan untuk mengumpulkan barangan elektronik yang hendak dibuang oleh pengguna sebelum diserahkan kepada pihak yang berkaitan. Para peserta amat teruja mendengar penerangan yang dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: