Kelas eLearning Matematik
11 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2021, kelas E-Learing subjek Matematik telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru. Sesi 1 telah dihadiri oleh 4 orang peserta dan sesi 2 dihadiri 4 orang peserta juga. Pemisahan sesi dilakukan untuk memauthi SOP yang telah digariskan berikutan penularan wabak Covid-19. Mereka telah disediakan soalan matematik dan diminta untuk menjawab soalan tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, mereka telah diajar cara menggunakan aplikasi kalkulator yang terdapat dalam komputer. Mereka turut didedahkan penggunaan simbol * untuk menggantikan darab dan simbol / untuk menggantikan bahagi. Mereka menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar matematik dengan kaedah ini. Pada akhir kelas, mereka telah diminta untuk menjawab soalan matematik yang diberikan untuk menguji pengetahuan matematik mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: