Artikel Aku Seekor Kucing Menggunakan Ms. Word
20 September 2020 | Ak4tiviti TerkiniPada 19 September 2020, Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas latihan Ms. Word dan memilih tajuk bertemakan “Cerita Aku Seekor Kucing”. Mereka telah diberikan sebuah contoh artikel yang harus dibuat mengikut kreativiti masing-masing dan format yang diwajibkan. Pada awal kelas, mereka telah diajarkan beberapa fungsi yang perlu diketahui di dalam Ms. Word seperti cara mengubah tulisan, saiz tulisan, menggunakan “bullets” dan pelbagai lagi.
Selain itu, mereka juga telah diajar cara untuk memuat turun gambar dari internet, simpan di dalam fail dan cara masukkan ke dalam Ms. Word. Penekanan kelas pada kali ini adalah penerokaan fungsi dan cara aplikasi bahagian “page background” pada “design bar” Ms. Word untuk menghasilkan artikel yang lebih menarik. Mereka juga dilihat semakin mahir menaip jika dibandingkan sebelum ini dan dapat menaip dengan lebih pantas. Hasilnya, mereka telah berjaya menyiapkan tugasan yang diminta dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: