Membuat kuiz menggunakan Powerpoint – Kenali Haiwan Kita
16 Februari 2020 | Ak4tiviti TerkiniPada hujung minggu ini, aktiviti yang dijalankan adalah bertemakan Selamatkan Haiwan Kita. Seramai 12 orang peserta telah menyertai Kelas Ms. Powerpoint dan diminta untuk mengaplikasikannya di dalam aktiviti bertajuk Kenali Haiwan Kita yang merupakan aktiviti utama. Di dalam aktiviti tersebut, mereka diminta untuk menghasilkan kuiz dalam bentuk slideshow berkaitan dengan haiwan.
Di akhir aktiviti, para peserta diminta untuk meneka haiwan yang dipilih oleh setiap kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang diberikan. Mereka turut diajar cara mencari maklumat haiwan yang dipilih di Internet. Mereka turut diminta untuk menonton video e-waste dan Klik Dengan Bijak yang telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: