Advokasi Penipuan Kewangan
31 Oktober 2020 | Ak4tiviti TerkiniBerikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda sekarang, staf di Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas advokasi bertajuk Penipuan Kewangan secara online pada 30 Oktober 2020. Kelas tersebut telah dijalankan secara siaran langsung di FB Page PI Kg Stungkor Baru dengan menggunakan aplikasi StreamYard.
Objektif tajuk advokasi yang dipilih pada kali ini adalah untuk menyedarkan para pengguna media sosial agar sentiasa berhati-hati dengan tipu helah yang sering diguna pakai oleh penipu kewangan di luar sana. Selain itu, kami juga memberikan langkah-langkah pencegahan dan apa yang mereka patut lakukan jika berdepan dengan situasi tersebut. Untuk yang berminat, boleh tonton siaran tersebut di link ini: https://www.facebook.com/PI1MKpgStungkor/videos/363598211549486/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: