Menghasilkan Gambar atau Grafik Menggunakan PowerPoint
5 Oktober 2020 | Ak4tiviti TerkiniPada 04 Oktober 2020, Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas menghasilkan gambar atau grafik menggunakan PowerPoint. Mereka telah diminta untuk memuat turun gambar haiwan yang digemari dari Internet sebelum diajar cara untuk membuat latar belakang pada gambar tersebut menggunakan remove.bg. Setelah gambar pilihan berjaya dibuang latar belakang, gambar tersebut telah dimasukkan ke dalam slaid PowerPoint yang dubah saiznya kepada 10cm x 10cm.
Kemudian, mereka diajar cara memasukkan bentuk-bentuk yang diminati seperti bentuk hati, segi empat, bintang dan lain-lain yang yang boleh didapati dalam “Insert – Shapes”. Mereka turut diajar cara mengubah saiz dan warna pada bentuk tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Akhirnya, mereka diminta untuk menyimpan hasil slaid PowerPoint tersebut dalam bentuk JPEG. Melalui kelas yang dijalankan pada kali ini, dapat dilihat mereka sudah mulai mahir dan kenal fungsi-fungsi umum yang terdapat pada Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: