Amalan Gaya Hidup Sihat
25 Jun 2020 | Ak4tiviti TerkiniTema “Amalan Gaya Hidup Sihat” telah dipilih untuk kelas yang telah diadakan pada 24 Jun 2020 dan dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah menengah dari kawasan setempat. Pada awal kelas, mereka telah didedahkan dengan amalan gaya hidup sihat yang patut diamalkan seperti mengambil makanan seimbang dan bersenam. Mereka turut diminta mencari maklumat tambahan di internet.
Setelah itu, mereka diminta untuk menaip artikel yang telah disediakan oleh pengajar mengikut format yang dikehendaki menggunakan Microsoft Words. Mereka turut diminta untuk menonton video advokasi yang telah disediakan. Untuk e-learning pula, mereka diminta untuk mencari soalan atau kuiz Bahasa Malaysia yang terdapat di dalam internet dan mencuba menjawabnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: