Pengenalan Asas Bisnes Shopee
28 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2020, PIK Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas online yang bertajuk “Pengenalan Asas Bisnes Shopee” kepada para usahawan setempat. Mereka terdiri daripada peniaga online kosmetik, serunding halia, wangi SugarBoom dan pelbagai lagi. Antara sebab mereka berminat untuk mengikuti kelas ini adalah untuk mengetahui cara lain untuk memasarkan produk dan menjalankan perniagaan melalui platform Shopee. Para peserta telah diberikan penjelasan melalui kandungan Bisnes Shopee Bagi Pemula yang telah disediakan oleh pihak Shopee sendiri. Peserta telah diajar cara membuat kedai online yang menarik dan sesuai, kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam aplikasi Shopee untuk melancarkan urusan dari menerima pesanan sehingga barang telah diterima oleh pelanggan, tips untuk menjadi penjual yang dipercayai dan pelbagai lagi. Semoga perkongsian pada kelas ini akan memberi manfaat kepada mereka untuk membina kedai online sendiri melalui aplikasi Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: