Membuat Buku Rancangan Tahunan Menggunakan PowerPoint
25 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 November 2020, kelas bertajuk “Membuat Buku Rancangan Tahunan Menggunakan PowerPoint” telah dijalankan secara siaran langsung di FB Page PIK Kg Stungkor Baru dengan menggunakan StreamYard. Kelas tersebut telah diadaptasikan daripada seorang Youtuber yang memang aktif membuat kelas PowerPoint di Youtube. Pengajar di PIK Kg Stungkor Baru telah ringkaskannya agar mudah difahami oleh pelajar kelak. Buku yang dihasilkan itu membenarkan pelajar untuk membuat rancangan pada setiap bulan dan diberikan penanda pada tepi buku. Buku yang dihasilkan dengan PowerPoint tersebut akan nampak lebih realistik dan menarik apabila dipersembahkan.
Kelas yang diadakan sangat menarik kerana para pelajar akan dapat melihatkan bahawa fungsi-fungsi yang terdapat di dalam PowerPoint dapat memberikan pelbagai hasil kerja yang kreatif dan inovatif. Kelas yang diadakan secara online ini juga telah mendapat sambutan apabila terdapat 3 orang wanita yang sudah bekerja juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kelas ini. Respon yang diperolehi adalah kelas ICT sebegini mungkin akan berguna dalam kerjaya mereka nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: