Smart ICT Minggu Ketiga
21 April 2019 | Ak4tiviti TerkiniSmart ICT ini di teruskan pada hari Sabtu, iaitu 20 April 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Gerakan Kpg. Selampit. Kelas ini di hadiri 4 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kpg. Selampit. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Dalam kelas ini peserta diajar bagaimana membuat surat rasmi.
Sebelum memberi peserta menaip, staff PI menerangkan fungsi toolbars dalam Ms. Word yang akan digunakan peserta. Selain itu, tabs dan ribbon juga di terangkan kepada peserta tentang fungsi-fungsi ketika menaip. Setelah peserta memahami fungsi toolbars, staff memberi latihan untuk menaip surat rasmi. Peserta menyiapkan tugasan tersebut sehingga selesai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: