Kelas Ms. Excel
20 Januari 2019 | Ak4tiviti TerkiniKelas Microsoft Excel ini berlangsung pada hari Sabtu, iaitu 19 Januari 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Stungkor Baru. Kelas ini dihadiri 11 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kampung Stungkor Baru. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Kelas Ms. Excel ini bertujuan untuk mengajar peserta dalam membuat jadual dan cara penyusunan data yang betul. Selain itu kelas ini juga mengajar bagaimana untuk menyusun nombor atau abjad mengikut turutan yang betul dengan mudah. Kelas ini juga mengajar bagaimana untuk menaip sesuatu data contoh nama seseorang dalam excel. Akhir sekali peserta diajar bagaimana membuat kotak menggunakan borders dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: