Program Advokasi & KDB – SK Stunggang Melayu, Lundu
13 April 2019 | Ak4tiviti TerkiniProgram Advokasi & KDB ini diteruskan lagi kali ini dijalankan di SK Stunggang Melayu, Lundu Sarawak. Program ini dihadiri oleh pelajar Tahun 4 sehingga Tahun 6 seramai 68 orang. Program ini dijalankan bertujuan untuk mengajar dan membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan pelajar untuk membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti pengukuhan dilakukan selepas ceramah bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti Perbentangan dan Lakonan berkonsepkan Klik dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: