Smart School Qualification Standards
21 August 2018 | Ak4tiviti TerkiniPada 20 August 2018, Pusat Internet Kpg. Stungkor Baru telah menjadi lokasi bagi pihak SK Stungkor untuk melakukan aktiviti SSQS. SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaanSSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.
Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Objektif SSQS
- Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
- Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
- Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
- Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
- Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
- Memperkasakan (empower) guru dan murid.
- Responden
- 1 orang pentadbir
- 1 orang koordinator
- 30 orang guru
- 30 orang murid
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: