Program Pendedahan Advocacy & Klik Dengan Bijak
3 Disember 2018 | Ak4tiviti TerkiniProgram Pendedahan Advocacy & Klik Dengan Bijak bersempena Pertandingan Melukis & Mewarna anjuran Perpustakaan Desa Kpg. Stenggang ini berlangsung pada 2 Disember 2018 hari sabtu. Peserta adalah terdiri daripada pelajar Sk. St. Teresa Kpg. Stenggang. Peserta di agihkan dalam 2 kategori iaitu Kategori (A) adalah terdiri daripada pelajar tahun 4, 5, dan 6. Manakala Kategori (B) adalah terdiri daripada pelajar tahun 1, 2, dan 3. Program ini dijalankan di Perpustakaan Desa Kpg. Stenggang, selama 4 jam setengah, bermula dari jam 9.30 pagi yang dihadiri seramai 51 orang peserta.
Pertandingan Melukis & Mewarna dijalankan pada jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Manakala Pendedahan Advocacy & KDB diteruskan pada jam 11.15 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Tujuan Pendedahan Advocacy & KDB dijalankan adalah untuk mendedahkan kebaikan dan keburukkan internet kepada peserta. Ini bagi menjaga keselamatan peserta untuk sentiasa berwaspada ketika menggunakan internet dan sentiasa mengingatkan peserta cara yang betul dalam penggunaan internet. Program tamat pada jam 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: