Intel Easy Step (Modul 2) / ICT / KDB
10 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2016, Pusat Internet Kpg. Stungkor Baru telah mengadakan bengkel Intel Easy Step (Modul 2) / ICT / KDB di bilik latihan PI Stungkor Baru
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberikan pendedahan mengenai penggunaan Internet secara positif dikalangan para pelajar. Seain itu bengkel ini juga memberi pendedahan cara penggunaan aplikasi VivaVideo.
Kebaikan dan kelebihan aktiviti:
Pelbagai kebaikan serta pengajaran yang diperolehi dari aktiviti ini. Antaranya;
1) Dengan mempelajari internet para peserta boleh mencari maklumat terkini dengan mudah serta dapat berkomunikasi dengan orang di Negara lain.
2) Para peserta juga dapat belajar membuat email serta cara untuk menggunakan email masing-masing.
Pelaksanaaan aktiviti utama:
Memastikan para peserta dapat menguasai cara penggunaan internet dengan betul serta dapat menggunakan email yang telah di pelajari disamping memberi pendedahan utama mengenai teknologi cloud storage.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: