Program Keusahawanan Bersama Amanah Iktiar Malaysia Komuniti Kampung Selampit

24 Oktober 2018 | Ak4tiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2018 telah berlangsung Program Keusahawanan bersama Amanah Iktiar Malaysia komuniti Kampung Selampit. Program ini telah diadakan di Bilik Gerakan Khas Kpg. Selampit. Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet Kpg. Stungkor Baru dengan komuniti AIM Kampung tersebut. Ini adalah bersempenaan dengan hari jualan AIM yang dijalankan pada masa tersebut. Staff Pusat Internet memberi taklimat ringkas dalam aktiviti keusahawanan serta berkongsi maklumat mengenai e-Rezeki yang juga salah satu kerja sambilan yang boleh dilakukan oleh masyarakat kini.

Selain itu, pendedahan mengenai Asas ICT, Klik Dengan Bijak serta Advocacy juga dihuraikan bagi pengetahuan komuniti kampung setempat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang cara bagaimana untuk mempertingkatkan lagi produktifiti dalam keusahawanan mereka serta memberi kesedaran betapa penting untuk berpengetahuan dalam penggunaan komputer pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali